RASIONAL LOGO TUNAS ILHAM-16
Rekabentuk Logo Tunas Ilham-16 menggunakan simbol mentol sebagai motif untuk memberi maksud bahawa bidang rekabentuk ini mampu menghasilkan idea. Logo ini telah direka oleh salah seorang pensyarah jurusan Senireka Grafik & Media Digital, . Beliau juga bertanggungjawab dalam rekabentuk e-katalog dan laman web Tunas Ilham-17 PENGENALAN Tunas Ilham-17 adalah merupakan salah satu aktiviti pameran seni khusus bagi para pelajar jurusan Diploma Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Melaka. Ia mempamerkan hasil karya para pelajar dari empat bidang iaitu Diploma Seni Reka Grafik & Media Digital, Diploma Seni Reka Perindustrian, Diploma Fotografi & Pengimejan Digital dan Diploma Seni Halus. Konsep pameran Tunas Ilham-17 kali ini membawa satu pembaharuan dimana para pelajar bukan sahaja mempamerkan karya mereka tetapi melibatkan diri dalam aktiviti demonstrasi seni dan penjualan karya. Ini adalah bertujuan untuk memupuk semangat kesusahawanan di kalangan pelajar. |